mr.nuffnang

Lagu

Monday, September 14, 2009

pakai contact lens

apakah hukum memakai contact lens(warna dan tak berwarna) ketika berpuasa???

al-Jawab:

Tidak ada hal. Asal setiap sesuatu adalah harus, kecuali ada nas yg melarangnya. Puasa batal jika dengan sengaja memasukkan ke dalam badan sesuatu untuk tujuan makan, minum dan hubungan seksual. Adapun contact lens, ia bukan makanan dan minuman. Ini fatwa umum Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam fiqh Sunnah jilid 3. Laman QnA Islam yg membolehkan memakai contact lens ialah Syaikh Salleh al-Munajjid (no 65963) dan IOL (fatwa Dr Muzzamil Siddiqiey)

Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau). Jika tanpa sebab, ia haram jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah. Maksud menipu ialah mata asalnya berwarna hitam, tapi dihari peminangan dia memakai contact lens berwarna utk mengabui rombongan yg meminang. Ini tidak boleh. (Fatwa Syaikh Munajjid). Bermegah dan berlebihan di tegah oleh ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan). Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.
sekian

ulasan nie aku ambik dari satu blog baru la aku tau pakai contact lens berwarna nie salah..terima kasih kerana ada gak insan yang sudi meberitahu...
Post a Comment

haruslah klik