mr.nuffnang

Lagu

Monday, July 19, 2010

Sukarnya Melupakan.......


Mampukah kita melupakan insan2 yang pernah singgah di hati kita begitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa di benak kita? Biar dlm bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin terkubur begitu saja... Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis suka mahupun duka insan2 ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang jua. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah mudah untuk disingkirkan.
Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan2 itu tetap bersemadi di dalam hati. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu sering kali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu di dalam hati hanya Dia yang tahu. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.
Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yang kadang kala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini. Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam. Bawalah aku jauh. Jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini. berilah ruang untuk aku bernafas kembali. Dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.
Hati sudah penat berlari. Tidak jua aku temukan dimanakah hentiannya. Pun begitu, aku belum mahu berhenti. Aku akan terus berlari sehingga bertemu destinasi yang pasti. Biar diseka saja peluh dan airmata yang tidak mahu berhenti ini. Aku tetap akan terus berlari. Kerana aku tahu suatu hari nanti, langkah ini kian perlahan dan ketika itu semuanya bakal meninggalkan aku tanpa pernah aku sedari............


p/s : ku cari damai dihati oleh apple.......
kata2 penulis seperti memberi gambaran tentang diriku.....

haruslah klik