mr.nuffnang

Lagu

Wednesday, July 21, 2010

Cinta


datang dan pergi
tidak mengenal waktu
kadang kala cinta itu dekat di hati
seolah-olah aku takut
kehilangan kasih sayang Nya
kadang kala cinta itu
jauh di hati
tetapi hakikatnya Dia tetap bersamaku
kenapa aku buta menilai setiap cinta Nya
kenapa aku sombong pada Nya
sedangkan Dialah cinta sebenar yang aku cari
selama ini
cinta yang takkan hilang
sehingga aku mati
tapi kenapa aku tidak melihat
semua kebaikan yang telah Dia
berikan pada ku????
kenapa???
aku sungguh hina
kerana tidak mampu menjadi seorang
pencinta setia
kenapa aku buta menilai cinta
Tuhan ku padaku dari hidup hingga mati ku
ampunkan dosa hamba Mu ini
Ya Allah..............


Nukilan : Eta

Monday, July 19, 2010

Sukarnya Melupakan.......


Mampukah kita melupakan insan2 yang pernah singgah di hati kita begitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa di benak kita? Biar dlm bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin terkubur begitu saja... Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis suka mahupun duka insan2 ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang jua. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah mudah untuk disingkirkan.
Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan2 itu tetap bersemadi di dalam hati. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu sering kali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu di dalam hati hanya Dia yang tahu. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.
Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yang kadang kala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini. Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam. Bawalah aku jauh. Jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini. berilah ruang untuk aku bernafas kembali. Dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.
Hati sudah penat berlari. Tidak jua aku temukan dimanakah hentiannya. Pun begitu, aku belum mahu berhenti. Aku akan terus berlari sehingga bertemu destinasi yang pasti. Biar diseka saja peluh dan airmata yang tidak mahu berhenti ini. Aku tetap akan terus berlari. Kerana aku tahu suatu hari nanti, langkah ini kian perlahan dan ketika itu semuanya bakal meninggalkan aku tanpa pernah aku sedari............


p/s : ku cari damai dihati oleh apple.......
kata2 penulis seperti memberi gambaran tentang diriku.....

Sunday, July 18, 2010

Majlis Perkahwinan kakak ku....



Pasangan ini iaitu kakak ku sndri tlh pun melangsungkan perkahwinan mereka dlm suasana yg cukup meriah pd tanggal 14 mac 2010 dan tlh pun bernikah pd 12 mac 2010 di masjid berdekatan rumah kami di simpang pulai....
bertemakan warna hijau yg cukup menarik ini menambahkan lg suasana ceria yg terpancar di wajah kami sekeluarga almaklum la setelah lame tiada nya kenduri besar di rumah kami sekali sekala kami semua melaram habis...hehehe
wlwpun muka masing2 kelihatan penat tetapi jelas terpancar keseronokan di wajah masing2...suasana bergotong-royong menyediakan masakan kdng kala di sertai dgn gelak ketawa dr semua yg hadir menambahkan lg keriangan di hati kami.......
kakak ku yg ke3 nie telah pun memilih pasangan hidup nye setelah beberapa bulan berkenalan...dalam ms yg agak singkat nie telah pun membuahkan bibit2 cinta di hati mereka...tidak melangsungkan majlis pertunangan kedua2 nye memutuskan untuk terus melangsungkan perkahwinan yg hanya berlangsung di rumah kami sahaja...
tetamu yg hadir terdiri drpd ahli keluarga lelaki dan perempuan, saudara mara kedua2 belah pihak, rakan2 sekerja dan juga orang kampung....pd mlm nye pula diadakan majlis memotong kek dan cabutan bertuah yg hanya dihadiri oleh ahli keluarga shaja...diselitkan juga karaoke yg dinyanyikan oleh kwn2 adik ku...
untuk acara sebelah mlm pula kami sekeluarga teramat la hapy kerana msing2 pulang dgn hadiah msng2...terasa seperti ingin kembali ke mlm yg penuh bermakna itu hehehe....
apa2 pun kami semua slalu mendoakan yang dan suami nye bahagia ke akhir hayat dan mendapat anak yg soleh dan solehah.....amin..........

Thursday, July 15, 2010

kebosanan melanda diriku........

arini aku g opis cm bese rasa mls pun ada tp pe leh wat
terpaksa ku gagahkan jua diri nie pergi....
demi mencari sesuap nasi untuk bertahan di bumi mu Ya Allah....
tiba di kilang aku melakukan tugas harian ku seperti biasa...
setelah selesai kerja ku, aku pun mula untuk buka fb bercerita pe yg aku rasa
dan ku kongsikan bersama teman2 ku,,,,
still bosan lg nak msg ngan bf dia bz memanjang so bek tak pyh ggu dia,,,,
di samping fb melayan kerenah kwn2 aku membaca remaja,,
majalah kegemaran ku,,,,
byk info yg aku dapt melalui majalh kegemaran ramai ini,,,
tak pernah kering ngan info2 dan tips2 untuk semua pembaca setia mereka...
kdng2 aku rasa bosan sungguh hidup ku tatkala nie,,,
terasa tiada yg dtg semasa ku dlm kesunyian,,,tp aku tahu Allah sentiasa untuk aku
2 kenyataan yg slalu aku kena ingt semoga aku tak lupa akan Nya...

haruslah klik