Assalamualaikum semua!!!
lama betul aku tidak mengupdate blog ini
sudah mati kutu tidak tahu apa yang mahu ditulis.
cuma buka untuk jalan-jalan di blog
kawan-kawan sahaja.
ok kawan-kawan semua apa kata kita
menggunakan bahasa baku dalam penulisan
blog kita.
seperti yang kerajaan kita suruh.
mungkin ada banyak kebaikan yang akan
kita dapat.
antaranya :
dapat meningkatkan penguasaan bahasa melayu bagi pelajar-pelajar sekolah. disamping itu juga dapat menarik minat warga asing untuk datang ke blog kita yang mempunyai translation jadi mereka boleh baca apa yang kita tulis kalau kita tulis singkat-singkat mesti google tidak dapat menterjemahkan apa yang kita tuliskan. kita juga boleh berbangga dengan bahasa kita sendiri macam negara Jepun. tidak padan dengan itu juga kita dapatlah memartabatkan lagi BAHASA MELAYU diperingkat antarabangsa macam zaman dahulu kala.
apa tunggu lagi jom ramai-ramai kita sahut cabaran ini..
selamat mencuba dan maju jaya semua..
kalau sokong sila komen sekali...
terima kasih
2 comments:
waahh.. saya cuba untuk berbahasa baku tetapi malangnya saya rasa macam terlalu skema..
tambahan lagi saya tidak berapa fasih untuk berbahasa baku... ehehehe
@dhilla nazli saya pun cuba juga tapi tengoklah susah juga hendak buat ayat..hahaha
Post a Comment